Friday, August 29, 2008

Akzima!

Gambar di ambil pada 3hb Mei 2007, anak ku ni nda lg serious akzima nya. Tapi kesian kali ahh. Ni gambar nya ni masa begas kana sapukan ubat yand doktor bagi ahh. Akzima kah inda cute jua lakat kali ahh. Btw bagi anak siapa yang akzima ni ku recomment synalar. Yang ubat doktor tu jantah. Puii... nda bebaloi.


Kalat Mata

Biasa dari damit dah anak ku ni awal tidor. Dalam kul 7-8pm tu tido tia dah tu. Bangun kul 5-6am. Dulu awal nda lg betantu tapi lepas umur nya 1tahun catu lah time nya tidur. Jantah di bawa bejalan malam. gerenti jua tidur tu. Siang tidor jua tu dalam kul 11am ke pulul 12 selalunya tapi kalau lalah sampai ku 1pm jua tido nya tu.

Ni gambar diambil pada 27hb April 2007. Masa ada function dirumah. Pukul 8.39pm lg dah ni so no wonder kalat mata. Bah... shussss....

Wednesday, August 20, 2008

Isap

Kesian anak ku ani ada penyakit kulit "akzima". Tapi masa ni alhamdulillah ok pulang. Bagi ubat "synalar". Harap ubat dari hospital duiii, jantah harap. Ada lagi masalah nya ia ani jantung nya belubang. Sampai masa ni, tapi nya doktor ada sudah isi kan menutup jantung nya. Ya Allah, jauhilah anak ku dari segala malapetaka dan sembuhkanlah segala penyakit-penyakit. Amin.

Gambar ani di ambil pada 23hb April 2007. Antah nda ku ingat lagi Baringkali kan tumbuh gigi kali. Well, just enjoy the picture.




Cium

Cuiman adalah salah satu tanda sayang. Siuk kalia ahh mencuim baby yang damit-damit lagi cute. Baby ni lembut bah dan pipinya macam bantal siuk dipicik-picik, dicuim, etc. Gambar pada 18hb April 2007. Bida jua usal orang yang mencium ni, nda penting tu. Liat yang dicuim nya. Cute kali ahh.

Tuesday, August 19, 2008

Lepas Makan, Munjung Jua

Gambar di ambil pada 16hb April 2007. Biasa dulu makan pakai "apron". Siap rah kursi nya lagi. Tapi masa ni nda ia mahu, kecuali di kedai makan baru ia iski kan rah tempat duduk makan kanak-kanak atu. Antah kenapa lurus ku mengambar ia munjung mulut atu, tapi cali dan cute jua so post saja tia.


Gondol

9hb April 2007, masa ia tido, ku sama bini ku mencukur gambar anak ku ani sampai gondol. Awal-awal takut ku jua tapi ku beranikan jua diri ku lagi pun keras jua sudah kepalanya ni. Semua bejalan dengan lancar sal ia tidor jua bah.

Wednesday, August 13, 2008

Mama Birthday

Review balik pada 20hb March 2007, hehehe, lupa ku masukkan gambar ni. Gambar ni masa bini ku birthday. Masih ku ingat hari atu anak ku antah nda semana-mana cakap babah. Bulat lagi ia becakap atu. Baru jua 1 bulah lebih. hehehe, kelurusan pulang tu. Lepas tu nda tia kan didengar lagi. Nda pecaya, banyak kali bukti ahh. Ramai time atu orang mendengar. Bini ku jan marah ahh akhir masuk gambar ani. hehehe

Tuesday, August 12, 2008

Merah Jua!

Gambar di ambil pada 13-03-07, anak ku ni kalau mengangis merah benar tah muka nya ku. "Super blushing" heheheh. Tapi masa ni kurang sudah. Ku ingat masa ku mengambar ni dulu, sekajap nganya lang ia menangis. Lepas ku mengambar atu diam tia. Kadang-kadang unpredictable lang anak ku ni. Tarus nangis, orang nda tahu becakap kan nda ia kan bepadah ia sakit kah or beria kah ia. So tani mesti tah pandai-pandai sendiri meliati anak-anak tani tu.

Manja Nya

Gambar pada 6-03-07, alai babah Syahmi yang manja melimpang rah perut ku yang sedang mengandung 2 bulan. Lalah kali ku ah bagas balik keja masa tu. Ku tido dan alai babah melimpang rah ku. Tapi andang jua sampai masa ni alai babah ni manja berabis rah ku. Benar, ku ni favorate nya ni, alah manjanya rah orang lain termasuk mama nya. hehehe, jadi ekong ku bah.

Mandi

Kalau kan mandi kan anak-anak damit campur air panas supaya air nda sajuk. Bukan apa, air "baby" ani kesajukan tu nda baik untuk badan nya jua. Lepas atu rasa kan dulu pakai tangan biskita. Takut karang kepanasan tia. Ada pulang tu bejual rah kedai "mother care" untuk men-"test" air untuk mandian kanak-kanak damit tu.

Ni gambar pada 3-03-2007, yang mandikan anak ku ni bini ku. ku ampit jua mandikan kali ah. Sekali-sekali laki-laki mandikan jua. Merasa bah cana rasa mandikan. Gambar ani asalnya nampak lang tut, pistol, si awang, pisang, etc nya ni tapi ku edit, ku pampan sama buyah-buyah sabun. Kan ku blur atau polarize kah nda lawa tia gambar ni so ku bagi buyah di sana.

Sunday, August 10, 2008

Nyaman Tido Nyaa...

Gambar pada 27hb February 2007, atu nyaman kan tido nya. Biasa lah kanak baru lahir. Masih tido alum betantu. Tapi masa ni alhamdulillah lh. Anak ku ni tido kul 7-8pm, bangun kul 5-6am. Atu masa ani tapi dulu masa damit cam rah gambar ani paksa jua ikut jadual nya bah. Ia tidur iatah time bini ku sama ku tido. Lau dah bangun bini ku bangun dan aku sambung jua tido. hehehe

Menyalirik Ya!

16hb February, baru jua 14 hari umur nya besar tia usulnya. Ada yang cakap 3 bulan sudah. hahaha, becali orang atu. Ni gambar nya di pangkuan ku. Nda macam memegang kanak-kanak lain yang baru lahih anak ku ni nda memberi ijap memigang salnya besar bah tubuh nya. Ni yang cute nya ah menyalirik aku ia. Gambar ni bini yang memngambil. Awu handal lang ia menggambar dari aku. hehehe



Saturday, August 9, 2008

Balik Rumah

9hb February 2007, lepas beberapa hari di hospital ni happy kami di rumah dah. Ni gambar anak ku yang dah sampai rah rumah ibu mertua ku. Untuk info kami laki bini tinggal sekajap rah indung ku and sometime rah indung bini ku. Katil ini amit bini ku membelikan. Terima kasih di ucapkan.


Thursday, August 7, 2008

Cahaya Mata Pertama

Pada 5hb February 2007, pagi pukul 8.00am kana bawa tia bini ku ke bilik operation sal kan beputong. Nya doktor anak dalam kandungan songsang and telampau besarnya. 3.79 kg kali ah. Pi tawakal saja pada Allah. Bini ku selamat melahirkan anak ku yang pertama. ni gambarnya yang pertama ku ambil kira2 kul 8.43am. Ah! Jadi Bapa ku sudah kah?



















Gambar di bawah ini di ambil pada hari yang sama pada pukul 9.35pm. Biasa lah awal tu tidur nya nda menantu. Ni baru jua ni membuka matanya ni.





Powered By Blogger